Posts

Perkongsian 2

 Saya tertanya-tanya adakah kehidupan yang tenang dan gembira itu hanya untuk orang yang sempurna? Saya cuba menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Adakalanya saya membantu, adakalanya saya diam, adakalanya saya ingin tertawa. Tetapi saya sering dihina dan ditertawakan sehinggakan saya merasa takut untuk melakukan kesilapan. Mereka serin berkata "ala, main-main saja." "main-main pun tak boleh" "kau ni sensetif sangat". Mungkin mereka benar, tetapi adakalanya yang mereka anggap lucu tentang diri saya buat saya rasa malu, sedih dan kecewa. Saya berusaha untuk menerima yang mereka katakan sebagai main-main, tetapi ia hanya menggembirakan mereka dan bukan diri saya. Adakah salah jika saya memilih tidak lagi mempercayai orang lain? Berikan kata-kata positif anda untuk membantu rakan anda yang menghadapi dilema.

Perkongsian 1

  "Saya terlalu banyak memikirkan masalah dalam kehidupan saya. Saya merasakan takdir kehidupan saya teruk berbanding orang lain. Mungkin juga saya tidak akan pernah bahagia dan berjaya sampai akhir usia." Berikan kata-kata positif anda untuk membantu rakan anda yang menghadapi dilema.